JOHOR BAHRU: Sebanyak 70 peratus daripada barisan exco kerajaan negeri Johor yang diumum hari ini adalah dalam kalangan orang muda, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Ketika mengumumkan perkara itu, beliau berkata barisan exco kali ini juga dibarisi pemimpin pelbagai kaum dan mengambil kira keseimbangan jantina sekali gus mencerminkan wajah sebenar Bangsa Johor.

"Barisan exco ini merupakan gabungan antara pemimpin yang sarat dengan pengalaman bersama dengan pemimpin-pemimpin muda yang berilmu dan berketerampilan.

"Saya percaya dan yakin barisan exco ini berupaya menggalas tugas dantanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah, dedikasi dan integritisepanjang tempoh lima tahun yang akan datang," katanya dalam sidang media diSaujana, kediaman rasmi beliau, di sini hari ini.

Turut hadir, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor yang dilantik sebagai exco Johor dan telah mengangkat sumpah memegang jawatan masing-masing hari ini di hadapan Sultan JohorSultan Ibrahim Sultan Iskandar.